BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 23, 2009

Sejarah Pra Sekolah Cendiakawan Bongsu

PRA SEKOLAH CENDIAKAWAN BONGSU
SK TAMAN PANGLIMA
TAIPING
Prasekolah SK Taman Panglima diwujudkan berikutan peluasan prasekolah tahun 2005. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan pada penghujung tahun 2004 dengan mengambil kelas muzik sebagai tapak prasekolah.Saya berasa sungguh gembira kerana keluasan yang ada di pra sekolah SK Taman Panglima.Di mana kami mempunyai padang sendiri bagi melakukan aktiviti luar.Selain itu kelas pra sekolah turut dilengkapi penghawa dingin.

Pemilihan murid prasekolah bagi sessi 2005 telah dibuat pada tahun 2004 dengan pengambilan murid seramai 25 orang yang terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan7 orang murid perempuan. Pada 03 Januari 2005 bermulalah lembaran baru kewujudan prasekolah SK Taman Panglima yang pertama.


Guru prasekolah bagi sessi 2005 ialah saya sendiri iaitu Cik Raja Emy Norisma Bt Raja Samsudin. Pembantu prasekolah pula ialah Pn. Salmah Bt Jelani yang telah dipilih oleh pihak Jabatan Pendidikan N.Perak Darul Ridzuan.

0 comments: